Menu
Blog

Geran untuk Trademark

tradenark banner

Ramai usahawan yang mempunyai produk dengan pelbagai jenama. Namun sayangnya jenama mereka tidak dilindungi dan didaftarkan. Ini mugkin kerana tidak tahu kepentingan melindungi jenama mereka ataupun mungkin kerana kekurangan budget.

Sebenarnya banyak agensi dan badan-badan kerajaan yang menyediakan bantuan-bantuan untuk memastikan usahawan mencapai standard dalam perniagaan mereka. Peluang yang diberikan sama kepada semua usahawan cuma kadang-kadang usahawan ni terlalu manja dan malas nak mengambil peluang yang ada dan kadang-kadang pihak agensi sendiri yang meletakkan pelbagai syarat yang perlu dipenuhi.

Pengalaman saya mengendalikan usahawan yang berusaha mendapatkan geran daripada agensi-agensi kerajaan adalah mudah sebenarnya sekiranya kita betul-betul ikut checklist yang telah ditetapkan.

Perkara paling utama sebagai usahawan dalam perniagaan mereka perlu ada profail syarikat, rancangan perniagaan, lesen perniagaan atau lesen premis daripada Majlis Perbandaran. Apa jua bantuan yang usahawan minta, perkara asas ini yang perlu disediakan.

Alasan yang selalu didengari apabila saya berjumpa dengan usahawan adalah mereka berniaga kecil-kecilan dan tiada premis. Kebanyakan agensi kerajaan menawarkan geran kepada mereka yang ada premis sahaja. Terkadang ada usahawan online akan bertanya, apa pula nasib mereka yang hanya menggunakan platfom online? Jawapan saya mudah saja, tak cuba tak tahu. Tak payah bagi banyak alasan tapi cuba dulu. Antara agensi kerajaan yang menawarkan geran untuk trademark adalah MARA, FAMA, MYIPO, KEJORA dan SME CORP.

About Author

Perlukan sebarang nasihat berkenaan pendaftaran trademark dan juga sekiranya menghadapi masalah berkaitan trademark anda boleh hubungi saya.

No Comments

    Leave a Reply