Menu
Blog

MOTORSIKAL YAMAHA Y15

Dulu bila dengar perkataan Y15 ni macam pelik jer. Ia adalah jenama kepada sebuah motorsikal Yamaha. Ingatkan motorsikal ni mencecah belasan ribu tapi tadi berkesempatan untuk servey harga dan rupanya harga secara cash hanyalah RM 10500.

MOTORSIKAL Y15

Hanya peminat motorsikal jer yang memahami apabila memandang kepada motorsikal. Kepada mereka yang tidak suka kepada motorsikal dan tidak pernah menaiki motorsikal sebenarnya perasaan tu hanya bersahaja jer bila memandang motorsikal.

Jenama motorsikal dipasaran terlalulah banyak. Terpulang kepada kita yang mana menjadi pilihan hati dan kesusaian untuk kita tunggangi.

Jenama selalunya memainkan peranan penting dalam pemilihan sesuatu barang, bukan kata motorsikal sahaja. Kereta ke, pakain ke atau pun macam-macam lagi barangan yang kita beli. Dan takla semua produk yang berjenama ni lebih bagus atau pun tak bagus. Terpulang kepada cara kita memakainya.

Saya adalah peminat motor berkuasa tinggi. Dari kecil sampailah besar memang sentiasa dengan motor besar kerana abang-abang memng memiliki motor tersebut..

Satu hari tu saya menemani suami ke kedai motor kerana dia nak beli motorsikal baru. Masa suami memilih motor yang dia nak beli, sempat lagi saya meninjau-ninjau motorsikal berkuasa tinggi. Terpandang satu motor ni berkuasa tinggi nama Tracer 900. Sempatlah bergambar dengan motor tersebut.

Tracer 900

Bangga sangat boleh bergambar. Dalam hati dah berangan-angan, satu hari nanti motor ini pasti akan jadi milikku. Tak salah berangan. Dari berangan, ia akan jadi kenyataan. Perlu usaha agar kita capai apa yang kita inginkan.

About Author

Perlukan sebarang nasihat berkenaan pendaftaran trademark dan juga sekiranya menghadapi masalah berkaitan trademark anda boleh hubungi saya.

No Comments

    Leave a Reply