Menu
Blog

Hulurkan Bantuan

Apalagi nak dikata PKP adalah saat yang mungkin sengsara bagi sesetengah pihak. Kita yang masih boleh meneruskan perniagaan dan pekerjaan, amat-amat bersyukur kepada Ilahi.

Semalam, apabila mendengar rintihan hamba Allah ni, terus menitiskan airmata. “Beras didapur dah kehabisan dan hari ini yang tinggal segenggam beras untuk dimakan oleh 6 mulut”, itulah rintihan hamba tadi.

Hati mana yang boleh mendengar rintihan seperti ini. Sedangkan kita makan dan keperluan hidup semuanya cukup walaupun bersederhana.

Hamba Allah itu hilang pekerjaan dan suaminya juga hanyalah menjual sayur kampung. Pendapatan dua orang anak hanyalah cukup-cukup untuk mereka menyara hidup sendiri.

Kita sangat2 bertuah kerana cukup semua keperluan hidup. Bantulah mereka yang memerlukan pada saat ini. Sebenarnya ramai lagi keluarga yang memerlukan pertolongan kita demi sesuap nasi mereka.

No Comments

    Leave a Reply