Menu
Blog

Trademark: Perlukah daftar jenama kita?

trademark

Ahad yang lepas, saya ada pertemuan dengan Dato dan juga Datuk Seri dirumah mereka. Ini adalah berkaitan dengan pendaftaran trademark produk mereka. Sesampainya saya dirumah mereka, soalan pertama yang mereka ajukan adalah perlu ke saya daftar paten produk saya.

Setiap kali saya bertemu dengan klien saya, mereka akan ajukan soalan yang sama. Dari saya mula bekerja di Myipo sampailah saya sudah berkecimpung dalam bidang konsultan dan mendirikan bisnes sendiri. Saya akan tersenyum sendiri dan akan memulakan bicara dengan menjawab “Dato dan Datuk Seri, boleh saya tahu produk apa yang Dato dan Datuk Seri tengah usahakan?”. Dengan yakin Datuk Seri menjawab “Kami keluarkan pelbagai jenis produk rempah”.

Pertanyaan saya itu akan merungkaikan segala persoalan mereka sebenarnya. Sebelum bercerita tentang perlu atau tidak didaftarkan, mereka berdua perlu faham dahulu produk mereka itu paten ataupun trademark.

Kita mesti kelirukan apabila kita sebut trademark dan paten. Sebab pada kita kedua-dunya sama. Itulah kenapa saya tampil sebagai konsultan sebab saya nak fahamkan usahawan-usahawan yang ada ada banyak sangat perbezaan antara paten dan juga trademark.

Saya akan jelaskan perbezaan antara paten dan trademark pada entri yang akan datang. Tapi konklusinya produk Dato dan Datuk Seri tadi boleh didaftarkan di bawah trademark. Dan saya menjelaskan kepada mereka perunya mendaftar trademark mereka adalah kerana sekiranya orang lain menggunakan nama yang sama dengan mereka, mereka tidak boleh mengambil tindakan dan apa yang paling menyedihkan lagi pihak lain sudah mendaftarkan jenama tersebut dan menyaman kita.

Dato dan Datuk Seri gembira dengan penjelasan yang saya berikan dan mereka akan daftarkan jenama mereka secepat yang boleh.

See Also

About Author

Perlukan sebarang nasihat berkenaan pendaftaran trademark dan juga sekiranya menghadapi masalah berkaitan trademark anda boleh hubungi saya.

No Comments

    Leave a Reply